KARNIVAL SUKAN SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT MENTOK
Antara objektif utama ialah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang permainan dengan lebih menyeluruh serta memberikan pendedahan kepada murid tentang pentingnya kecerdasan kepada kesihatan tubuh badan manusia. Selain itu dapat membentuk sahsiah murid agar lebih berdisiplin dengan aktiviti permainan yang terancang dan mengeratkan ikatan silaturrahim di antara semua murid dan guru melalui aktiviti yang diadakan bersama. Karnival ini telah diadakan pada 13 Oktober 2024 bertempat di Dewan Rajawali,SK Bukit Mentok.Murid-murid yang terlibat terdiri daripada semua murid tahap 1 (Tahun 1, 2 & 3) dan murid tahap 2 (Tahun 4, 5, & 6) Pelbagai acara yang dipertandingkan antaranya ialah sepakan penalti bagu murid Tahap 2 lelaki manakala bagi murid tahap 2 perempuan ialah menjaring bola jaring.Bagi murid tahap 1 pula diadakan aktiviti sukaneka yang terdiri daripada membawa bola guna kon,membawa bola pingpong guna sudu dan menarik bola guna gelung rotan.
Event Information
Event Date | 13-10-2024 8:00 am |
Event End Date | 13-10-2024 10:30 am |
Cut Off Date | 24-10-2024 |
Capacity | 600 |
Registered | 0 |
Available Place | 600 |
Senior Citizens | 30 |
Children | 575 |
Location | SK BUKIT MENTOK |