
Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) akan dilaksanakan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah pro aktif didalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’. Adalah diharapkan program ini akan dapat memberi peluang kepada murid untuk mengembangkan bakat mereka ke tahap yang optimum, melahirkan keyakinan kepada murid untuk melakukan yang terbaik dan mengukuhkan perhubungan dan pergaulan kalangan murid-murid dalam aktiviti yang disertai.