
LAPORAN HARI SUKAN NEGARA
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TENGKU MAHMUD
2024
SEKOLAH/ PPD / JPN / BAHAGIAN
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TENGKU MAHMUD
PROGRAM
HARI SUKAN NEGARA 2024
MATLAMAT
Tujuan utama pelaksanaan program ini adalah untuk mempromosikan gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat Malaysia. Pengisian bagi program ini boleh berbentuk sukan dan aktiviti kecergasan serta rekreasi yang bersesuaian dengan warga SMKTM
OBJEKTIF
1. Meningkatkan kesedaran tentang bersukan.
2. Mewujudkan masyarakat yang cergas dan aktif.
3. Memupuk semangat perpaduan dari pelbagai kaum.
4. Meningkat pengetauan sukan dalam rakyat Malaysia.
5. Meningkatkan ekonomi negara.
6. Dapat meningkatkan kesihatan.
7. Mengenalpasti bakat dalam sukan.
8. Meningkatkan produktiviti.
9. Memberikan kesejahteraan yang menyeluruh.
10. Memastikan rakyat Malaysia sentiasa ceria dan bersatu.
11. Melahirkan minda yang sihat
PENGELOLA
Unit Kokurikulum SMK Tengku Mahmud
TARIKH
13 oktober 2024
TEMPAT
Dataran AbdullahDewan Jubli EmasPadang Sekolah
MASA
7.40 hingga 10.20
SASARAN
Program ini akan disertai semua guru, kakitangan dan murid daripada tingkatan 1 sehingga murid tingkatan 6 Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahmud kecuali bagi murid- murid yang mendapat kebenaran pengecualian daripada pentadbir sekolah atau murid-murid yang mendapat pengesahan sakit daripada doktor atau pegawai perubatan yang bertauliah.
BUTIRAN AKTIVITI
7.40-8.20 aktiviti senamrobik Guru dan pelajar lelaki (Dataran Abdullah)
Guru dan pelajar perempuan (Dewan Jubli Emas)
8.20-10.00 Pertandingan
Liga penalti bola sepak (kategori: mengikut tingkatan)
Pelajar lelaki tingkatan 1,2,3,4 dan lima
Liga penalti bola jaring (kategori: mengikut tingkatan)
Pelajar perempuan tingkatan 1,2,3,4 dan 5
KEKUATAN PROGRAM
Sokongan yang pihak pentadbir, Kerjasama antara semua guru yang terlibat, penglibatan pelajar yang memberansangkan, bantuan teknikal oleh pelajar tingkatan 6 (sains sukan), kemudahan dan peralatan sukan yang memcukupi, hebahan awal program meliputi semua pihak.
KELEMAHAN PROGRAM
Kekangan masa menyebabkan tidak banyak acara atau pertandingan boleh dipertandingkan, sebilangan kecil pelajar tidak dapat menyertai acara yang dipertandingkan
KEKANGAN
i. Masalah kos untuk melaksanakan aktiviti yang telah dirangka.
ii. Kesesuaian masa, kebanyakan pelajar tingkatan 5 terlibat dengan peperiksaan percubaan SPM
iii. Kurang kesedaran kepentingan beriadah dan bersukan dalam kehidupan seharian menyebabkan ada yang mengambil ringan sambutan hari sukan negara.
CADANGAN PENAMBAHBAIKKAN
Peruntukan masa yang sesuai agar pelbagai aktiviti dan acara pertandingan dapat dijalankan, melibatkan semua pihak termasuk komuniti setempat dan PIBG