
Sambutan Hari Sukan Negara telah diisytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Ia telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 24hb Mac 2015. Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah pro aktif didalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation). Oleh yang demikian, Hari Sukan Negara di jadikan agenda nasional yang selari dengan matlamat negara ke arah Wawasan 2020.
Sambutan Hari Sukan Negara bakal diisi dengan pelbagai aktiviti sukan dan riadah untuk memastikan setiap lapisan masyarakat mengambil bahagian dalam meraikan Sambutan Hari Sukan Negara tersebut yang akan diraikan secara serentak di seluruh pelusuk tanah air. Semua pihak melalui penglibatan sektor awam, swasta dan rakyat keseluruhannya akan berganding bahu menganjur dan menyertai program dan aktiviti sukan dan kecergasan pada hari berkenaan. Hari Sukan Negara ini adalah penting di dalam usaha kerajaan menggalakkan rakyat menerapkan amalan budaya hidup cergas dan aktif memandangkan peratusan masyarakat Malaysia yang aktif bersukan masih lagi rendah iaitu pada kadar sekitar 40 peratus berbanding dengan 50 hingga 60 peratus di negara maju. Budaya sukan melalui amalan gaya hidup cergas dan aktif pada masa yang sama dapat membantu menurunkan kadar penyakit kronik dikalangan rakyat Malaysia.
Sekolah kebangsaan Bandar Baharu telah menyambut seruan sambutan Hari Sukan Negara dengan mengadakan aktiviti senamrobik.. Acara bermula pada jam 7.30 pagi, kehadiran murid dan semua warga SKBB. Kedatangan murid juga diambil oleh guru kelas masing-masing. Pada jam 7.45 pagi, murid-murid diberi sedikit taklimat oleh guru SU Sukan cikgu Muhamad Rizuan Musa, selaku setiausaha program mengenai pelaksanaan Hari Sukan Negara pada hari ini. Seterusnya, pada jam 8.00 pagi acara senamrobik dimulakan. Semua warga SKBB mengambil bahagian dalam acara ini. Acara ini telah dikendalikan oleh kumpulan senamrobik yang dijemput khas untuk memeriahkan lagi acara senamrobik dan soccer kids Kelihatan semua peserta bersemangat melakukan aktiviti
senamrobik. Acara ini tamat pada jam 9.00 pagi. Selepas acara ini tamat, murid-murid dibenarkan makan untuk merehatkan diri selepas penat bersenam.
Semua murid kelihatan bersungguh-sungguh dengan senamrobik yang telah diberikan kepada mereka dan berjaya mencapai objektif utama hari sukan negara iaitu mengeluarkan peluh. Selain itu, semua peserta juga kelihatan gembira dan disebabkan itu Sambutan Hari Sukan Negara Sebaru ini kelihatan sangat meriah.
Keismpulannya, sambutan ini keseluruhannya berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan oleh Kementerian Belia dan Sukan dan yang paling utama berjaya mengajar semua warga Sebaru untuk hadir ke sekolah mengeluarkan peluh lantas menjalankan hari yang sihat dan cergas. Diharap, aktiviti ini dapat dijalankan lagi di masa akan datang dengan sedikit
penambahbaikkan bagi melancarkan perjalanan sambutan.