
i) Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan aktiviti sukan dan gaya hidup sihat dalam kalangan murid. ii) Membentuk perpaduan melalui sukan dengan mengeratkan hubungan antara murid. iii) Mematuhi peraturan dan disiplin dalam pertandingan adalah penting dalam aktiviti sukan. iv) Menyokong pembangunan sukan negara dengan mengesan dan memupuk bakat sukan dari peringkat akar umbi hingga ke peringkat elit. v) Memupuk budaya sukan sebagai sebahagian daripada kehidupan seharian untuk meningkatkan kesihatan fizikal dan mental.