
Hari Sukan Negara SK Bandar Baru Rawang 2025 telah dilangsungkan pada 13 Oktober 2025 (Isnin) di padang SKBBR. Program yang dikelolakan oleh Unit Sukan SKBBR ini melibatkan seluruh warga SKBBR seramai 615 orang yang hadir pada hari tersebut.Acara dimulakan dengan senamrobik yang diketuai oleh Unit PPKI. Sebanyak 5 acara telah dipertandingkan pada hari tersebut iaitu : Bawa bola pingpong dlam sudu - Prasekolah & PPKI Leret bola dengan gelung - Tahun 1 Kepit bola - Tahun 2 Tarik upih - Tahun 3 & Tahun 4 Tarik tali - Tahun 5 & Tahun 6 Program Hari Sukan Negara SKBBR 2025 tamat dengan majlis penyampaian hadiah di Medan Ilmu pada jam 11.30 pagi.