
Program Senamrobik Hari Sukan Negara ini telah dilaksanakan pada 11 Oktober 2024 bertempat di Dataran Cendekiawan SK Meru (2). Program yang disertai seramai 838 peserta ini telah dikelolakan oleh Unit Kokurikulum SK Meru (2) bermula 5:00 petang - 6:00 petang. Objektif program ini dilaksanakan adalah untuk meningkatkan kesedaran murid tentang kepentingan bersukan bagi mewujudkan masyarakat yang cergas dan aktif. Di samping itu, memupuk dan menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan murid pelbagai kaum.