SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA SKDD(2)

SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA SKDD(2) Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat SKDD(2) dilaksanakan pada 13 Oktober 2025 dan dirasmikan oleh YDP PIBG SKDD(2) dengan ketetapan masa seperti berikut, murid sesi pagi (Tahap 2 - Tahun 4, 5, & 6) bermula jam 8.00 pagi hingga 10.30 pagi dan disambung dengan sesi PdPc seperti biasa manakala murid sesi petang (Tahap 1 - Tahun 1, 2, & 3) bermula jam 3.30 petang hingga 6.00 petang selepas sesi PdPc pada waktu sebelum rehat. Aktiviti melibatkan semua murid, guru, staf dan AJK PIBG dibantu dengan beberapa orang sukarelawan yang terdiri daripada golongan ibu bapa murid SKDD(2). Ketetapan aktiviti seperti berikut; aktiviti Fun Run dijalankan bagi murid sesi pagi (Tahap 2) melibatkan aktiviti larian / jalan santai di luar kawasan sekolah dalam lingkungan jarak 2 km di sekeliling kawasan perumahan berdekatan. Tempat permulaan dan tamat larian di SKDD(2). Semasa larian santai itu, murid akan melalui 3 checkpoint untuk mengetahui arah dan laluan larian, serta 3 stesen yang mengedarkan makanan ringan kepada murid sebelum sampai ke garisan penamat. Seterusnya, aktiviti Fun Obstacle Run dijalankan bagi murid sesi petang (Tahap 1) melibatkan aktiviti larian berhalangan di kawasan padang SKDD(2). Murid akan melalui 4 stesen berhalangan seperti merangkak, melompat halangan, berlari dalam gelung dan meniti atas jambatan semasa larian Fun Obstacle Run. Selesai larian, murid akan diedarkan makanan ringan dan makan di dalam kelas bersama guru subjek semasa bagi memastikan kebersihan persekitaran sekolah terjamin. Selain itu, aktiviti Fun Badminton dijalankan bagi guru,staf dan AJK PIBG. Aktiviti ini  diinspirasikan oleh sukan badminton dan pickleball di mana guru, staf dan AJK PIBG dibahagikan ke dalam beberapa kumpulan. Setiap kumpulan akan bertanding sesama mereka dengan menggunakan peraturan pickleball tetapi tidak dibenarkan menggunakan raket sebenar. Ahli kumpulan perlu menunjukkan kreativiti membawa peralatan lain seperti kuali, penutup bekas dan penyapu bagi menggantikan raket sebenar. Sambutan Hari Sukan Negara SKDD(2) berjaya dilaksanakan dengan sokongan semua warga sekolah, PIBG dan komuniti setempat.

Event Information

Event Date 13-10-2025 8:00 am
Event End Date 13-10-2025 6:00 pm
Capacity 1590
Registered 0
Available Place 1590
Persons with Disabilities (OKU) 76
Children 1514
Location SK DAMANSARA DAMAI 2

We are no longer accepting registration for this event