
LAPORAN HARI SUKAN NEGARA 2025
SMK (L) BUKIT BINTANG, PETALING JAYA Tema: Malaysia Aktif
1.0 PENDAHULUAN
Hari Sukan Negara merupakan satu inisiatif tahunan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia yang diraikan pada bulan Oktober bagi menggalakkan budaya bersukan dalam kalangan masyarakat. SMK (L) Bukit Bintang, Petaling Jaya turut tidak ketinggalan menganjurkan sambutan Hari Sukan Negara 2025 pada peringkat sekolah dengan tema “Malaysia Aktif” .
2.0 TARIKH, MASA DAN TEMPAT
Tarikh : 10 Oktober 2025 (Jumaat)
Masa : 7.30 pagi – 12.30 tengahari
Tempat : Padang, dan Gelanggang Serbaguna SMK (L) Bukit Bintang, Petaling Jaya
3.0 PENGLIBATAN
Murid : 345 orang
Guru & Kakitangan Sokongan : 53 orang
Jumlah keseluruhan : 398 orang peserta
4.0 PROGRAM OBJEKTIF
Menggalakkan warga sekolah mengamalkan gaya hidup sihat melalui aktiviti sukan.
Memupuk semangat kesukanan, kerjasama dan toleransi dalam kalangan murid.
Menyemarakkan sambutan Hari Sukan Negara sebagai agenda nasional.
Memberi peluang kepada murid menonjolkan bakat dan potensi dalam pelbagai acara sukan.
5.0 AKTIVITI YANG DIJALANKAN
Senamrobik Perdana – melibatkan semua murid, guru dan kakitangan.
Pertandingan Futsal – 7 pasukan bertanding.
Pertandingan Bola Sepak – 10 pasukan bertanding.
Permainan Badminton – kategori beregu dan perseorangan.
Permainan Bola Keranjang – melibatkan pasukan rumah sukan.
Aktiviti Jualan Gerai – dikendalikan oleh Unit Kokurikulum sebagai aktiviti keusahawanan.
6.0 PENCAPAIAN
Sambutan amat menggalakkan dengan penyertaan penuh murid, guru dan kakitangan sokongan sekolah.
Semua aktiviti berjalan lancar mengikut jadual dengan semangat kesukanan yang tinggi.
Murid menunjukkan komitmen dan disiplin yang baik sepanjang program.
Aktiviti jualan gerai mendapat sambutan hangat dan berjaya mengutip dana untuk tabung kokurikulum sekolah.
7.0 PROGRAM KELEBIHAN / MANFAAT
Membentuk murid yang cergas, sihat dan berdisiplin.
Mengeratkan hubungan silaturahim antara murid, guru serta kakitangan sokongan.
Mengadakan amalan gaya hidup aktif dan budaya sukan dalam komuniti sekolah.
Memberi pengalaman berharga dalam aspek kerjasama berpasukan dan persaingan sihat.
8.0 KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, sambutan Hari Sukan Negara 2025 peringkat SMK (L) Bukit Bintang, Petaling Jaya telah mencapai objektif yang ditetapkan. Penglibatan yang menyeluruh serta sokongan padu daripada seluruh warga sekolah telah menjadikan program ini berjaya. Adalah diharapkan semangat “Malaysia Aktif” akan terus disemai dalam kalangan murid demi melahirkan generasi yang sihat, cerdas dan berdaya saing.
Disediakan oleh:
_______________________
MOHD RAPINDI BIN SIDIK
SETIAUSAHA SUKAN
SMK (L) BUKIT BINTANG, PETALING JAYA