
MATLAMAT: Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui penyertaan dalam bidang sukan OBJEKTIF: Menggalakkan warga sekolah ke arah gaya hidup sihat. . Menggalakkan budaya bersukan sebagai gaya hidup dalam kalangan warga sekolah. Membantu ke arah mengurangkan kadar penyakit kronik dalam kalangan warga sekolah. IMPAK PROGRAM: Program ini berjaya dilaksanakan dengan baik . Dengan adanya kerjasama daripada seluruh warga SK Seri Mawar, program ini dapat berjalan dengan lancar. Murid dan guru dapat menjalankan aktivit sukaneka mengikut jadual yang dirancang. PENILAIAN PELAKSANAAN: Program ini berjalan dengan lancar. Semua guru dan kakitangan serta murid telah memberi komitmen dan kerjasama yang sangat baik. Kekuatan : Kerjasama antara warga SK Seri Mawar membantu kelancaran perjalanan program. Kerjasama dan persefahaman yang amate rat dalam kalangan guru dan pentadbir. Adanya dewan tertutup walaupun agak sempit membolehkan aktiviti dapat dijalankan kerana pada hari tersebut hujan turun dengan lebatnya. Kelemahan: Tiada Cadangan Penambahbaikan: 1. Pelbagaikan lagi aktiviti yang boleh dijalankan untuk satu-satu kelas. 2. Membabitkan penglibatan masyarakat iaitu ibu bapa dalam menyemarakkan lagi aktiviti sukan.