
Hari Sukan Negara diadakan dan disambut oleh warga sekolah selaras dengan Falsafah Pendidikan iaitu bagi membentuk sahsiah diri insan yang seimbang dari aspek JERIS.
Sehubungan dengan itu, SK Kantan Permai tidak terkecuali untuk bersama-sama memberikan sokongan dengan menyediakan pelbagai aktiviti pada hari tersebut.
Aktiviti yang dilaksanakan bukan sahaj berfokus kepada murid-murid, malah turut melibatkan masyarakat sekitar dan komuniti setempat.
Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah seperti pertandingan senamrobik, permainan bola sepak, bola jaring, menyangga bola tampar dan sebagainya.
Semoga usaha kecil ini, dapat mengeratkan lagi hubungan dan silaturrahim antara guru, PIBG dan komuniti.