SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SEKOLAH 2025 GKAT

LAPORAN HARI SUKAN NEGARA 2025 PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN ASSAM JAWA 1. 0 PENGENALAN Hari Sukan Negara telah diistiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah pro aktif di dalam proses tansformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah “Negara Bersukan (Sporting Nation)”. Oleh yang demikian, Hari Sukan Negara dijadikan agenda nasional yang selari dengan matlamat negara ke arah Wawasan 2020. Hari Sukan Negara juga adalah penting di dalam usaha kerajaan menggalakkan rakyat menerapkan amalan budaya hidup cergas dan aktif. 2.0 MATLAMAT Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial melalui penyertaan dalam bidang sukan. Seseorang murid itu wajib menyertai aktiviti sukan untuk menyeimbangi tahap sosial mereka dalam melangkah ke alam kehidupan yang lebih mencabar. 3.0 OBJEKTIF PROGRAM 3.1 Memberi peluang kepada murid untuk menonjolkan bakat dan percaya dengan kebolehan diri sendiri. 3.2 Membentuk murid yang berdaya saing. 3.3 Melahirkan generasi minda yang berpengetahuan mampu berfikir secara kritis dan kreatif. 3.4 Menerapkan nilai etika dan tanggungjawab. 4.0 BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM Program : Hari Sukan Negara 2025 (Peringkat SK Assam Jawa) Tarikh : 13 Oktober 2025 Hari : Isnin Masa : 7.30 pagi - 10.00 pagi Tempat : Padang dan Dewan SAJGETER TN50 5.0 AKTIVITI YANG DIJALANKAN 5.1 Senamrobik Fun Move – Semua murid, guru dan staf SKAJ. 5.2 Fun Walk – Murid tahap 2 dan guru. 5.3 Pertandingan Sukaneka – Murid pra sekolah. 5.4 Pertandingan Futsal – Murid tahap 1 (Lelaki) 5.5 Pertandinganb Bola Baling – Murid tahap 1 (Lelaki) 6.0 PENYERTAAN 6.1 Pelajar: 700 orang 6.2 Guru dan staf: 53 orang 6.3 Jumlah keseluruhan: 753 orang 7.0 KEKUATAN PROGRAM 7.1 Penyertaan menyeluruh: Kehadiran hampir 100% pelajar dan guru menunjukkan sambutan yang amat menggalakkan. 7.2 Kepelbagaian aktiviti: Aktiviti yang pelbagai dan menarik berjaya menarik minat semua lapisan warga sekolah. 7.3 Pengurusan keselamatan yang baik: Tiada insiden kecemasan berlaku dan petugas kesihatan sentiasa bersiap siaga. 7.4 Semangat kesukanan tinggi: Pelajar menunjukkan disiplin dan kerjasama yang baik sepanjang program. 8.0 KELEMAHAN PROGRAM 8.1 Kekangan masa: Beberapa aktiviti terpaksa dipendekkan kerana jadual yang padat dan cuaca panas. 8.2 Keterbatasan fasiliti: Kawasan padang yang terhad menyebabkan kesesakan semasa aktiviti futsal dan bola baling. 9.0 PENUTUP Secara keseluruhannya, Sambutan Hari Sukan Negara 2025 peringkat SK Assam Jawa telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Program ini bukan sahaja menggalakkan aktiviti fizikal dan gaya hidup sihat, malah turut memupuk semangat perpaduan dan kerjasama dalam kalangan warga sekolah. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan dan ditambah baik pada masa akan datang. Disediakan oleh: _________________________ SALINA BINTI SALEH Penyelaras Hari Sukan Negara 2025 SK Assam Jawa

Event Information

Event Date 13-10-2025
Event End Date 13-10-2025
Cut Off Date 13-10-2025
Capacity 1200
Registered 0
Available Place 1200
Youth 50
Children 700
Location SK ASSAM JAWA

We are no longer accepting registration for this event