
Program Kecergasan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) 2024 peringkat kebangsaan adalah sempena Hari Sukan Negara yang telah di anjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan pada setiap tahun. Program ini juga merupakan salah satu aktiviti yang diadakan di sekolah bersempena dengan sambutan Hari Sukan Negara dan merupakan satu program khas yang diadakan khusus untuk murid-murid SMK Seksyen 1 Bandar Kinrara. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberi manfaat kepada pelajar-pelajar melibatkan diri dalam aktiviti sihat yang boleh memberi kecergasan kepada mental dan fizikal pelajar.