
Pada jam 8.00 pagi, murid berkumpul di tapak perhimpunan sekolah mengikut kelas masing-masing. Guru-guru, staf dan pekerja-pekerja sekolah turut dijemput dan berkumpul bagi memeriahkan aktiviti senamrobik yang telah dirancang. Tepat pukul 8.10 pagi, aktiviti senamrobik dimulakan di tapak perhimpunan sekolah. Guru-guru praktikum mengetuai aktiviti senamrobik dengan melakukan gerakan-gerakan yang mudah bagi membolehkan semua peringkat umur untuk turut mengikuti pergerakan tersebut. Aktiviti tersebut berlangsung selama 30 minit. Selepas selesai senamrobik, murid dan semua warga sekolah dibimbing untuk membuat pergerakan-pergerakan cooling down sebelum meneruskan aktiviti PdP. Kemudian, murid bergerak ke kelas semula bagi meneruskan aktiviti PdP mengikut jadual yang telah ditetapkan.