PERTANDINGAN SENAMROBIK SEMPENA HARI SUKAN NEGARA TAHUN 2025

PERTANDINGAN SENAMROBIK SEMPENA HARI SUKAN NEGARA TAHUN 2025 Program Hari Sukan Negara dijalankan pada awal 7.45am pagi. Semua guru dan murid berkumpul di gelanggang bola keranjang sekolah untuk melakukan aktiviti senamrobik yang diketuai oleh seorang guru dan beberapa murid fasilitator. Kemudian, program diteruskan dengan pertandingan senamrobik antara kelas. Semua kelas telah menghantar wakil masing-masing untuk melibatkan diri dalam pertandingan tersebut. Para peserta menunjukkan semangat kerjasama yang baik dan mempersembahkan senamrobik mereka dengan penuh aktif dan bersungguh-sungguh untuk dinilai oleh para juri. Selepas itu, pingat-pingat telah disampaikan oleh para juri kepada para pemenang pertandingan tersebut. Pertandingan ini berjalan dengan amat lancar dan tamat tepat pada waktunya.

Event Information

Event Date 11-10-2025 7:45 am
Event End Date 11-10-2025 10:50 am
Capacity 829
Registered 0
Available Place 829
Location SJK(C)KHEOW BIN

We are no longer accepting registration for this event