KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN SK SAUJANA PUTRA

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN SK SAUJANA PUTRA 1.0       PENDAHULUAN:             Sukan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan individu. Melalui kegiatan sukan, pelajar-pelajar kita bukan sahaja dapat mencapai kecmerlangan di bidang sukan, malahan juga dalam pengalaman lain seperti sosial, kepimpinan serta disiplin diri.               Memandangkan hakikat tersebut yang mengharapkan kegiatan sukan di peringkat sekolah-sekolah perlu dipertingkatkan dengan menggalakkan penglibatan secara menyeluruh di kalangan pelajarnya. Pihak pengurusan sekolah perlu meningkatkan corak pengurusan sukan di sekolah dengan mengadakan kegiatan sukan sepanjang tahun yang bertemakan ‘Majulah Sukan Untuk Semua’. Jika dirancang dengan teliti dan menyeluruh, kegiatan ini akan dapat membendung sebahagian daripada usaha kita dalam mengatasi masalah sosial pelajar.               Atas kesedaran inilah, maka Sekolah Kebangsaan Saujana Putra sentiasa memberi perhatian terhadap perkembangan dan kemajuan pembangunan sukan yang melibatkan pelajar. Pengalaman bersukan penting sebagai asas pembinaan insan yang menyeluruh di masa akan datang.               2.0       MATLAMAT: i)                    Mencungkil bakat-bakat baru di kalangan pelajar dalam sukan olahraga. ii)                  Melahirkan insan yang cergas dan cerdas dari segi mental dan fizikal.   3.0       OBJEKTIF: i)                    Medan bagi memilih peserta yang berbakat untuk mewakili sekolah ke pertandingan Kejohanan Olahraga MSSD Kuala Langat pada tahun seterusnya. ii)                  Memupuk semangat setiakawan di kalangan pelajar dan guru. iii)                Menyemarakkan semangat persaingan yang sihat di kalangan pelajar. iv)                Merapatkan hubungan ibu bapa/penjaga dengan sekolah melalui sukan.   4.0       ANJURAN: Unit Kokurikulum, Sekolah Kebangsaan Saujana Putra   5.0       BUTIRAN KEJOHANAN Tarikh              : 12 Oktober 2024 (Sabtu) Masa                : 7.30 Pagi – 1.00 tengahari Tempat            : Padang SAPUTRA   6.0       PESERTA DAN SASARAN: Kejohanan Olahraga Tahunan ini disertai oleh murid-murid Tahap 2, Sekolah Kebangsaan Saujana Putra.

Event Information

Event Date 07-10-2024 8:00 am
Event End Date 12-10-2024 1:00 pm
Capacity 1500
Registered 0
Available Place 1500
Youth 500
Persons with Disabilities (OKU) 20
Women 200
Children 1206
Location SEKOLAH KEBANGSAAN SAUJANA PUTRA

We are no longer accepting registration for this event