KARNIVAL SUKAN DAN PERMAINAN SMPKVSA 2024 (HARI SUKAN NEGARA)

KARNIVAL SUKAN DAN PERMAINAN SMPKVSA 2024 (HARI SUKAN NEGARA) Karnival Sukan dan Permainan SMPKVSA 2024 (Hari Sukan Negara) diadakan sebagai tanda sokongan kepada program kecergasan fizikal dan kesihatan sekolah ini. Karnival Sukan dan Permainan ini adalah pertandingan yang diadakan diantara Kelab Sukan dan Permainan yang terdapat di SMPKV Shah Alam, iaitu Kelab Sukan dan Permainan Badminton, Bola Baling, Bola Jaring, Petanque dan Memanah. Pertandingan ini melibatkan 5 stesen sukan yang akan diurus dan diadili oleh guru penasihat kelab-kelab tersebut. Manakala acara terbuka iaitu permainan dalaman seperti Catur, Sukan Stacking, Lompat Tali, Batu Seremban, Ceper, Dam Ular dan Saidina dibantu oleh guru-guru yanglain. Semua permainan ini memberi peluang kepada semua warga sekolah iaitu guru, anggota kumpulan pelaksana dan murid untuk melibatkan diri.   Karnival ini juga adalah seiring dengan program 1 Murid dan 1 Sukan (1M1S) yang perlu dilaksanakan oleh Unit Sukan dan Permainan. Tarikh ini dipilih selaras dengan pelaksanaan Hari Sukan Negara yang telah ditetapkan iaitu pada minggu ke dua bulan Oktober. Diharap agar karnival ini menjadi satu acara tahunan bagi memastikan semua warga sekolah prihatin dengan kesihatan dan kekal aktif dan cergas.

Event Information

Event Date 11-10-2024 8:10 am
Event End Date 11-10-2024 12:10 pm
Cut Off Date 11-10-2024 12:10 pm
Capacity Unlimited
Registered 0
Persons with Disabilities (OKU) 197
Location SMPKV Shah Alam

We are no longer accepting registration for this event