
Pada 13 Oktober 2024 yang lalu, pihak sekolah telah melaksanakan Sukan Tahunan Sekolah dan disambut juga dengan Hari Sukan Negara bagi menyahut seruan daripada kementerian Belia dan Sukan. Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada murid untuk mengembangkan bakat mereka ke tahap yang lebih optimum di samping dapat mengukuhkan pergaulan dan kerjasama dengan kumpulan masing-masing. Selain itu, program ini juga dapat melahirkan murid yang aktif dan berpotensi dalam bidang sukan. Program ini dimulai dengan ucapan daripada Encik Azman bin Haji Din Guru Besar SK Sungai kertas diikuti dengan pembarisan daripada setiap kontinjen rumah sukan masing-masing serta persembahan silat daripada murid-murid SK Sungai Kertas. Setelah itu, murid-murid yang mengambil bahagian dalam acara sukaneka dan balapan dikumpulkan untuk mendengar taklimat yang akan disampaikan oleh peyelaras program. Seterusnya, ahli jawatankuasa daripada kalangan guru-guru telah dilantik dan dibahagikan mengikut stesen-stesen yang telah ditetapkan dan dibantu dengan beberapa murid yang telah dilantik. Bagi tahap satu akan dimulai dengan sukaneka dan tahap dua dimulai dengan acara balapan. Setelah acara balapan dan sukaneka selesai, majlis penyampaian hadiah dan majlis penutup dilaksanakan. Program ini berakhir pada jam 2.00 petang. Kesimpulanya, program ini berjalan dengan jayanya mengikut tentatif yang telah dirancang. Diharapkan program ini akan diteruskan pada tahun yang akan datang.