
OBJEKTIF PROGRAM
3.1 Tujuan
· Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial melalui penyertaan dalam bidang sukan.
· Seseorang murid itu wajib menyertai aktiviti sukan untuk menyeimbangi tahap sosial mereka dalam melangkah ke alam kehidupan yang lebihmencabar.
· Pengalaman yang ditimba melalui aktiviti riadah ini bakal diaplikasikan oleh mereka apabila menempuhi kehidupan seharian.
3.2 Outcome
● Menggalakkan budaya bersukan dalam kalangan warga sekolah.
● Menitikberatkan penglibatan bersama atau ‘mass participation’ dalam
aktiviti-aktiviti sukan yang akan merapatkan hubungan guru dan murid.
· Menjadikan sukan sebagai gaya hidup sihat bagi mengatasi masalahobesiti dalam kalangan warga sekolah.