
Program Minggu Sukan Sekolah dan Hari Sukan Negara, Satu Murid Satu Sukan
merupakan salah satu acara wajib yang berlangsung disetiap sekolah. Sukan yang dijalankan adalah berdasarkan surat siaran KPM Bil, 16 tahun 2014. Program Hari Sukan Negara dan Satu Murid Satu Sukan lebih berorientasikan pendekatan memperolehi ilmu pengetahuan, pengalaman dan kemahiran atau berbuat sendiri (hands on) dalam situasi sebenar, namun setiap aktiviti, kegiatan atau program itu perlulah dirancang dan dilaksanakan dengan berlandaskan suatu sukatan pembelajaran yang mendorong kepada peningkatan kepengetahuan dan kemanusian murid secara menyeluruh dan bersepadu.