
sMJK Yu Hua telah menganjurkan Program Hari Sukan Negara SMJK Yu Hua 2024dengan jayanya yang menjalakan dua aktiviti iaitu kuiz kecergasan dan senamrobik. Rentetan daripada program yang dianjurkan telah mendapati kekuatan bagi program ini dijalakan adalah memberi peluang kepada murid untuk terlibat dalam aktiviti sukan, menguji pengetahuan murid tentang sukan dan kecergasan dan memberi peluang murid untuk meningkatkan keyakinan untuk tampil kehadapan bagi membantu barisan guru melakukan senamrobik dan menjawab kuiz yang diadakan. Terdapat satu kelemahan telah dikenal pasti iaitu kekangan kawasan untuk melakukan aktivti sukan secara kumpulan besar. Di samping itu, sebagai tambahan adalah sekolah ini tergolong dalam kategori Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) berstatus gred A dan terletak di kawasan bandar. Program ini melibatkan penyertaan daripada warga SMJK Yu Hua, yang terdiri daripada 10 orang pentadbir, 166 orang guru, dan 3,097 orang murid. Pecahan murid mengikut bangsa adalah seperti berikut: 99 murid berbangsa Melayu, 2,824 murid berbangsa Cina, 57 murid berbangsa India, 21 murid Bumiputera Sabah dan Sarawak, serta 96 murid daripada bangsa lainlain, tanpa mengira jantina, sama ada lelaki mahupun perempuan.