
Hari Sukan Negara SKTBR2 2025 telah diadakan pada 11 Oktober 2025 bertempat di Padang Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya 2. Program ini dianjurkan oleh Unit Kokurikulum dan Sukan SKTBR2 selaras dengan objektif Kementerian Belia dan Sukan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang membudayakan sukan (Sporting Nation) seiring dengan aspirasi Malaysia MADANI dan Visi Sukan Negara 2030. Matlamat utama penganjuran adalah untuk menggalakkan penglibatan warga sekolah dalam aktiviti sukan dan rekreasi, membentuk budaya bersukan dalam kalangan murid serta memupuk semangat perpaduan dan kesukanan. Antara aktiviti utama yang dijalankan ialah senamrobik dan aktiviti kemahiran hoki yang melibatkan semua guru dan murid. Aktiviti ini berperanan meningkatkan tahap kecergasan, ketahanan fizikal, serta kemahiran teknikal dan taktikal dalam sukan hoki. Sepanjang program, semua peserta menunjukkan penglibatan aktif dan semangat juang yang tinggi. Pihak guru turut memberikan kerjasama sepenuhnya dalam memastikan kelancaran aktiviti di setiap stesen. Walaupun terdapat sedikit kekangan seperti kekurangan peralatan dan kesesakan di beberapa stesen, program tetap berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan. Sebagai penambahbaikan, pihak sekolah bercadang menambah bilangan peralatan sukan dan menambah stesen latihan agar penyertaan murid lebih menyeluruh. Secara keseluruhannya, sambutan Hari Sukan Negara SKTBR2 2025 telah berlangsung dengan jayanya dan berjaya membina semangat kesukanan, kerjasama serta budaya hidup sihat dalam kalangan warga sekolah.