HARI SUKAN NEGARA SK TAMAN SETIA
Program Hari Sukan Negara peringkat sekolah telah dilaksanakan di Dataran Murni SK Taman Setia pada 11 Oktober 2024 iaitu hari Jumaat. Seramai 688 orang warga Setia telah terlibat dalam program ini.
Majlis telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar SK Taman Setia, Tuan Haji Normayadi bin Othman. Majlis dimulakan jam 7.30 pagi dengan senamrobik/ fitness zapin yang diketuai oleh Puan Hani (coach jemputan). Majlis diteruskan dengan aktiviti seterusnya iaitu Futsal bagi murid-murid lelaki dan Bola Jaring bagi murid-murid perempuan.
Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah dan sijil penyertaan.Selepas selesai semua aktiviti, murid-murid bergerak ke kantin untuk rehat dan seterus ke kelas masing-masing dan belajar mengikut jadual seperti biasa.
Event Information
Event Date | 11-10-2024 7:30 am |
Event End Date | 11-10-2024 10:00 am |
Cut Off Date | 11-10-2024 10:00 am |
Capacity | 700 |
Registered | 0 |
Available Place | 700 |
Persons with Disabilities (OKU) | 4 |
Women | 40 |
Children | 640 |
Location | SK TAMAN SETIA |