Hari Sukan Negara SK Jugra
Hari Sukan Negara SK Jugra 2025Hari Sukan Negara peringkat Sekolah Kebangsaan Jugra telah diadakan pada 10 Oktober 2025 (Jumaat) bermula dari 7.30 pagi hingga 11.00 pagi. Program ini disertai oleh seramai 1000 orang yang terdiri daripada murid, guru, dan warga sekolah. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan seperti senamrobik, permainan sukan, dan sukaneka bagi memupuk semangat kesukanan serta menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan warga sekolah. Program ini diselaraskan oleh Encik Muin bin Bakar, yang berperanan memastikan perjalanan aktiviti berjalan dengan lancar dan meriah. Sambutan Hari Sukan Negara ini juga diharap dapat mempererat hubungan antara warga sekolah serta menanam semangat kerjasama dan perpaduan melalui aktiviti sukan yang menyeronokkan.
Event Information
| Event Date | 10-10-2025 |
| Event End Date | 10-10-2025 |
| Capacity | 1000 |
| Registered | 0 |
| Available Place | 1000 |