
1. Objektif penganjuran Hari Sukan Negara ialah: -Menggalakkan murid dan warga sekolah mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat. -Mengeratkan hubungan silaturahim antara guru, murid dan ibu bapa. -Menanam semangat kerjasama dan perpaduan melalui aktiviti sukan. Rumusan Secara keseluruhannya, program Hari Sukan Negara 2025 telah berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan. Aktiviti yang dijalankan bukan sahaja menyeronokkan tetapi juga berjaya memupuk semangat kesukanan, disiplin serta perpaduan dalam kalangan warga sekolah. Penambahbaikan 1. Banyakkan permainan tradisional 2. Bahagikan murid kepada kumpulan yang lebih kecil dan berbilang bangsa. 3. Libatkan semua warga sekolah semasa melakukan permainan tradisional.