HARI SUKAN NEGARA SAMBESTARI

HARI  SUKAN NEGARA SAMBESTARI *LAPORAN PROGRAM HARI SUKAN NEGARA*   *SEKOLAH AGAMA MENENGAH BESTARI, SUBANG JAYA*   Pada 10 Oktober 2025, Sekolah Agama Menengah Bestari telah menganjurkan Program Hari Sukan Negara bertempat di padang sekolah. Program bermula dengan senamrobik seawal jam 7.30 pagi hingga 8.00 pagi dan disertai oleh para pelajar serta guru-guru. Antara acara yang dijalankan ialah senam robik secara beramai-ramai, perlawanan bola tampar dan aktiviti tradisional sepak raga bulat pada sebelah petang selepas sesi PDP. Program ini bertujuan memupuk gaya hidup sihat serta semangat kesukanan dalam kalangan pelajar. Sambutan yang diterima amat menggalakkan dan semua peserta kelihatan bersemangat sepanjang program berlangsung. Program berakhir dengan penyampaian hadiah kepada pemenang.

Event Information

Event Date 10-10-2025 7:30 am
Event End Date 10-10-2025 6:00 pm
Capacity 700
Registered 0
Available Place 700
Veterans 60
Youth 540
Location sam bestari

We are no longer accepting registration for this event