
Sempena sambutan Hari Sukan Negara 2025, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Yuk Chyun dengan bangganya akan menganjurkan Program Kecergasan SJKYC 2025 yang bertujuan untuk memupuk budaya hidup sihat, memperkukuh semangat kesukanan serta menggalakkan penyertaan aktif dalam kalangan murid dan komuniti sekolah.
Program ini akan berlangsung pada 10 Oktober 2025 (Jumaat) bermula jam 7:00 pagi hingga 8:00 pagi di dewan sekolah. Pelbagai aktiviti kecergasan ringan dan menyeronokkan telah dijalankan, termasuk senamrobik berirama, aktiviti pergerakan kreatif dan sesi regangan yang sesuai untuk semua peringkat umur.
Acara ini terbuka kepada kanak-kanak, murid perempuan serta murid PPKI dengan kapasiti maksimum seramai 700 orang peserta. Ia merupakan satu inisiatif inklusif yang menekankan kepentingan kesihatan fizikal dan kesejahteraan mental dalam suasana yang ceria dan selamat.
Pendaftaran telah dibuka pada 9 Oktober 2025 jam 7:00 pagi dan ditutup pada 9 Oktober 2025 jam 11:55 malam. Semua peserta digalakkan untuk hadir dengan pakaian sukan yang sesuai dan membawa semangat positif!
Program ini dijalankan dengan lancar dan berharap-harap tahun depan boleh dijalankan sekali lagi.