HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SKS18
Sambutan Hari Sukan Negara pada 12 Oktober 2024 adalah bertujuan untuk menjadikan sukan sebagai budaya hidup. Pelbagai aktiviti sukan dan riadah diadakan bagi membina asas ke arah negara bersukan sebagai gaya hidup. Di samping itu, program ini juga mampu untuk memperkuat dan meningkatkan prestasi pasukan sekolah.
Pelbagai acara sukan telah dijalankan dengan sempurna melibatkan semua warga sekolah Kebangsaan Seksyen 18 Shah Alam. Program ini telah selesai dengan jayanya.
Kekuatan:
Semua peserta yang terlibat dapat melibatkan diri dengan cemerlang disamping mengisi masa dengan aktiviti sukan yang boleh mengekalkan kesihatan tubuh badan.
Murid-murid dan warga sekolah dapat menyempurnakan semua aktiviti dengan gembira dan berpuas hati.
Program yang dijalankan mampu untuk memberi kesedaran kepada semua warga sekolah agar sentiasa menjaga kesihatan dan kecergasan tubuh badan.
Kelemahan:
Masa yang diperuntukkan agak singkat.
Penambahbaikan:
- Penyelaras program perlu menganjak lagi masa program kepada tempoh waktu yang lebih sesuai supaya program dapat dilaksanakan dengan lebih sempurna.
Event Information
Event Date | 12-10-2024 8:00 am |
Event End Date | 12-10-2024 10:30 am |
Cut Off Date | 12-10-2024 8:00 am |
Capacity | 1000 |
Registered | 0 |
Available Place | 1000 |
Location | SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN 18 SHAH ALAM |