
SJK (C) Sungai Buloh telah menganjurkan Hari Sukan Negara peringkat sekolah dengan jayanya. Program ini merupakan salah satu inisiatif yang digalakkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi menyokong usaha kerajaan dalam memperkukuh budaya bersukan dalam kalangan murid. Melalui penganjuran aktiviti ini, pihak sekolah berhasrat untuk melahirkan generasi yang sihat, cergas serta mempunyai semangat kesukanan yang tinggi. Penganjuran Hari Sukan Negara ini turut bertujuan merealisasikan aspirasi nasional untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang aktif bersukan dan menjadikan aktiviti fizikal sebagai amalan kehidupan seharian. Selain itu, program ini juga berperanan untuk memupuk nilai-nilai murni seperti kerjasama, disiplin dan toleransi dalam kalangan murid. Sepanjang aktiviti dijalankan, disiplin dan kerjasama murid amat memuaskan. Mereka menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi serta mengambil bahagian dengan penuh tanggungjawab. Guru-guru turut memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran perjalanan program dengan memberi bimbingan dan sokongan kepada murid. Dengan limpah dan kurnia Tuhan, Hari Sukan Negara peringkat sekolah berjaya dijalankan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Program ini telah mencapai matlamatnya untuk memupuk semangat bersukan dan gaya hidup sihat dalam kalangan murid. Diharapkan aktiviti seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memperkukuh budaya sukan di sekolah dan membentuk murid yang cergas, aktif serta berdisiplin.