.jpg)
Acara Hari Sukan Neraga peringkat sekolah SK Jalan Raja Musa, Kuala Selangor telah dijalankan pada hari Khamis, 11 Oktober 2024. Aktiviti ini dijalankan bertujuan untuk melahirkan modal insan yang seimbang melalui penglibatan dalam bidang sukan. Selain itu sukan dapat memupuk amalan gaya hidup cergas dan aktif dalam kalangan warga sekolah. Aktiviti dimulakan dengan acara senam robik yang disertai oleh semua warga sekolah. Kemudian aktiviti diteruskan dengan murid dipecahkan mengikut kumpulan. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Melantun Bola ping-pong, Jaringan Bola, Congkak, Dam Haji, Baling Selipar, Ting-ting Osom, Badminton, Sepak Takraw, Pingpong dan Bola Tampar. Murid bergerak mengikut kumpulan dan bermain semua aktiviti yang disedikan mengikut stesen. Semua murid diwajibkan untuk menyertai aktiviti yang disediakan.Murid akan bermain selama 30 minit untuk setiap stesen. Kekuatan program ini adalah kerana pelbagai aktiviti telah dilaksanakan. Kelemahan program ini adalah kurangnya tempat berbimbung yang dapat dihunakan untuk mengelakkan keadaan cuaca yang tidak menentu. Program seperti ini perlu diteruskan pada masa akan datang.