
Program ini dilaksanakan pada 10 Oktober 2025 di SMK Kampong Soeharto. Dirasmikan oleh Pengetua SMK Kampong Soeharto, En. Zainudin bin Che Sab.
Program ini dimulakan dengan aktiviti pemanas badan dan senamrobik melibatkan semua murid tingkatan 1-5, murid-PPKI, guru, AKP dan komuniti (ibu bapa). Kemudian, ia disambung dengan morning walk berjalan di sekitar Felda Soeharto.
Program diteruskan dengan perlawanan bola tampar lelaki dan bola jaring perempuan yang melibatkan pertandingan di antara rumah sukan Merah, Kuning, Hijau dan Biru. Program diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah yang disampaikan oleh Tuan Pengetua En. Zainudin bin Che Sab