
1. PENGENALAN
1.1 Hari Sukan Negara diadakan bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan, gaya hidup sihat, serta menggalakkan penyertaan aktif dalam aktiviti fizikal dalam kalangan warga sekolah.
2. OBJEKTIF
2.1 Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan bersukan.
2.2 Mengeratkan hubungan antara guru, murid dan ibu bapa.
2.3 Menanam semangat kerjasama dan daya saing yang sihat.
3. PENGISIAN PROGRAM
3.1 Antara aktiviti yang dijalankan ialah:
3.1.1 Senamrobik perdana
3.1.2 Larian santai 3km
4. KEHADIRAN
4.1 Seramai 340 murid lelaki, 250 murid perempuan dan 52 orang guruhadir memeriahkan sambutan.
5. RUMUSAN
5.1 Program berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang menggalakkan. Diharapkan penganjuran Hari Sukan Negara akan diteruskan setiap tahun bagi memupuk minat bersukan dalam kalangan warga sekolah.
Disediakan oleh:
Penyelaras Hari Sukan Negara
SK USJ 2 2025