
Hari Sukan Negara merupakan inisiatif tahunan Kementerian Belia dan Sukan yang bertujuan menyemarakkan semangat kesukanan dan gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat Malaysia. Pihak sekolah mengambil langkah menganjurkan Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah pada 11 Oktober 2025. Program ini menggalakkan penglibatan murid, guru, dan warga sekolah dalam aktiviti riadah. Penganjuran ini dapat membentuk budaya hidup aktif, meningkatkan kesihatan fizikal, memupuk disiplin, dan memperkukuh semangat perpaduan antara warga sekolah.