.jpg)
LAPORAN SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SEKOLAH SK SAUJANA IMPIAN 2025 Tarikh: 10 Oktober 2025Tempat: Padang SK Saujana Impian dan kawasan kejiranan Anjuran: Unit Kokurikulum dan SukanSasaran Peserta: Semua warga sekolah (guru dan murid Tahun 1 hingga Tahun 6) Objektif Program Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan bersenam dan gaya hidup sihat. Mengeratkan hubungan antara guru dan murid melalui aktiviti riadah yang menyeronokkan. Memupuk semangat kesukanan dan perpaduan dalam kalangan warga sekolah. Atur Cara Program Program dibahagikan kepada dua sesi: Sesi Pagi (8.00 pagi – 10.30 pagi) Pendaftaran dan taklimat keselamatan Aktiviti Brisk Walk Berkain Sarong Senamrobik bersama jurulatih jemputan Sesi Petang (4.00 petang – 6.00 petang) Permainan tradisional (galah panjang, congkak dan tarik upih) Persembahan tarian oleh murid Tahun 3 Rumusan Sambutan Hari Sukan Negara 2025 telah berlangsung dengan jayanya dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada semua warga sekolah. Aktiviti yang dijalankan bukan sahaja menyeronokkan, malah berjaya mencapai objektif untuk menggalakkan gaya hidup sihat serta memperkukuh hubungan antara guru dan murid. Disediakan oleh:......................................................(JULIANA BT AHMAD ZUKHI)SETIAUSAHA KOKURIKULUMSK SAUJANA IMPIANTarikh: 27 Oktober 2025