HARI SUKAN NEGARA 2025

HARI SUKAN NEGARA 2025 Hari Sukan Negara merupakan inisiatif tahunan yang diadakan untuk mempromosikan gaya hidup aktif dan sihat dalam kalangan rakyat Malaysia amnya dan dalam kalangan murid khususnya. Bagi menyokong matlamat ini, Sekolah Menengah Kebangsaan Kelana Jaya, telah menganjurkan sambutan Hari Sukan Negara dan Karnival 1Murid 1Sukan pada tahun 2025 ini.    OBJEKTIF PROGRAM 2.1      Menjadikan aktiviti sukan dan kecergasan sebagai rutin harian untuk meningkatkan tahap kesihatan murid-murid. 2.2      Meningkatkan penglibatan dan penyertaan murid-murid dalam aktiviti sukan iaitu ke arah pembudayaan sukan yang menyeluruh dalam pelbagai bidang sukan, aktiviti kecergasan dan rekreasi melalui pelaksanaan program sukan untuk semua yang komprehensif. 2.3      Meningkatkan dan menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan murid pelbagai kaum agar terus bersatu untuk terus kekal aktif dan sihat. 2.4      Mewujudkan semangat kesukanan dan kerja berpasukan dalam kalangan murid dan menyemai nila-nilai murni seperti keberanian dan kerajinan.

Event Information

Event Date 10-10-2025 7:30 am
Event End Date 10-10-2025 12:30 pm
Capacity 650
Registered 0
Available Place 650
Youth 650
Children 650
Location SMK KELANA JAYA

We are no longer accepting registration for this event