
Hari Sukan Negara disambut setiap tahun bagi menyemai semangat kesukanan dan menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat Malaysia. Sehubungan itu, sekolah telah menganjurkan akvititi sukan negara bagi murid dan guru untuk mengisi sambutan Hari Sukan Negara tahun ini. Secara keseluruhannya, program Hari Sukan Negara peringkat sekolah telah berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada semua pihak. Aktiviti sukaneka berjaya mencapai objektif untuk meningkatkan semangat kesukanan serta memupuk perpaduan antara murid, guru dan ibu bapa.