
Matlamat program ini bertujuan untuk membolehkan pelajar menjadi sihat, cergas dan produktif melalui pemupukan nilai, sikap, pengetahuan dan amalan kesihatan dan kecergasan dalam kehidupan seharian ke arah “Rakyat yang sihat akan melahirkan negara maju”. Mankala objektif utama diadakan program ini adalah untuk membudayakan sukan dalam kalangan Masyarakat, menjadikan Malaysia sebagai sebuah ”negara bersukan” (sporting natio seiring dengan konsep Malaysia MADANI dengan menghormati dan meraikan perbezaan agama serta budaya sesama kaum. Selain itu, untuk memahami konsep kecergasan, prinsip latihan dan langkah-langkah keselamatan yang perlu dipatuhi dan kemampuan untuk menyeimbangkan kehidupan daripada segi intelek, sosial, emosi, rohani dan fizikal dengan cara sihat dan harmoni. Seterusnya bagi memperkembangkan sahsiah melalui interaksi antara kaum yang sihat di dalam kegiatan kecergasan jasmani dan sukan seperti semangat kesukanan, kerjasama, toleransi, kepimpinan dan disiplin.