HARI SUKAN NEGARA

HARI SUKAN NEGARA LAPORAN HARI SUKAN NEGARA 2025 Tarikh: 11 Oktober 2025Hari: SabtuTempat: Sekolah Kebangsaan Seri SekinchanMasa Mula: 6.50 pagi Aktiviti yang Dijalanankan: Senam Robik Larian Sihat 1 Murid 1 Sukan Pertandingan Sukaneka Penyampaian Hadiah Laporan Aktiviti: Program Hari Sukan Negara peringkat Sekolah Kebangsaan Seri Sekinchan telah dijalankan dengan jayanya pada hari Sabtu, 11 Oktober 2025. Program bermula seawal jam 6.50 pagi dengan pendaftaran peserta diikuti dengan aktiviti senam robik yang disertai oleh semua guru dan murid. Selepas senam robik, acara diteruskan dengan Larian Sihat 1 Murid 1 Sukan di sekitar kawasan sekolah. Aktiviti ini bertujuan memupuk semangat kesukanan serta menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan warga sekolah. Seterusnya, pelbagai acara sukaneka dijalankan mengikut kategori umur dan tahap murid. Semua peserta menunjukkan semangat kerjasama dan keseronokan sepanjang program berlangsung. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang dan sesi bergambar bersama guru besar. Kesimpulan: Secara keseluruhannya, Hari Sukan Negara 2025 di Sekolah Kebangsaan Seri Sekinchan telah berjalan dengan lancar dan mencapai objektif untuk memupuk semangat kesukanan, kerjasama, dan kesedaran terhadap kepentingan gaya hidup sihat.

Event Information

Event Date 11-10-2025
Event End Date 11-10-2025
Cut Off Date 11-10-2025
Capacity 500
Registered 0
Available Place 500
Senior Citizens 50
Veterans 30
Youth 120
Persons with Disabilities (OKU) 20
Women 50
Children 300
Location sekolah kebangsaan seri sekinchan

We are no longer accepting registration for this event