
1.0 PENDAHULUAN Dasar Sukan Negara merupakan dasar pembangunan sukan kearah pembentukan budaya sukan dan pemantapan integrasi rasional menerusi penglibatan masyarakat secara menyeluruh dan pencapaian kecemerlangan di peringkat antarabangsa. Oleh sebab itu, hasil Mesyuarat Jemaah Menteri pada 28 Januari 2015 telah bersetuju dengan memorandum daripada Menteri Belia dan Sukan, pelaksanaan Sambutan Hari Sukan Negara akan diadakan pada hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. 2.0 MATLAMAT Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan dimana ia adalah satu langkah proaktif di dalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ”Negara Bersukan”. Hari Sukan Negara bakal diisi dengan pelbagai aktiviti sukan dan riadah untuk memastikan setiap lapisan masyarakat mengambil bahagian dalam meraikan Sambutan Hari Sukan Negara tersebut yang akan diraikan secara serentak di seluruh pelusuk tanah air. Hari Sukan Negara ini adalah penting di dalam usaha kerajaan menggalakkan rakyat menerapkan amalan budaya hidup cergas dan aktif memandangkan peratusan masyarakat Malaysia yang aktif bersukan masih lagi rendah. Budaya sukan melalui amalan gaya hidup cergas dan aktif pada masa yang sama dapat membantu menurunkan kadar penyakit kronik dalam kalangan rakyat malaysia. 3.0 TARIKH /MASA /TEMPAT Tarikh : 10 Oktober 2025 (Jumaat) Tempat : Padang SMK Abdul Jalil Masa : 7.30 pagi – 12.30 tengahari 4.0 SASARAN Murid-murid tingkatan 1 hingga 3. 5.0 OBJEKTIF 5.1 Mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan melalui penyertaan dalam bidang sukan. 5.2 Memberi kesedaran dan meningkatkan amalan budaya gaya hidup cergas dan aktif 5.3 Menggalakkan aktiviti sukan dan kecergasan dikalangan pelajar. 6.0 TENTATIF HARI SUKAN NEGARA SMK ABDUL JALIL Masa Acara Kategori Tempat 7.30 Pagi Kehadiran murid Semua murid Seri Cergas 8.00 pagi Senamrobik Semua murid Padang 9.00 Pagi Pendaftaran peserta Semua kategori Padang dan Gelanggang Netball sniper Rush Peserta sahaja Gelanggang Dizzy Penalty Padang The Shaky Mouth Gelanggang Coconut Strike Astaka Kick N Count Padang 11.30 pagi Penyampaian Hadiah Padang 12.30 pagi Bersurai 7.0 PENUTUP Dengan adanya program ini diharap dapat memberi semangat kesukanan dan daya saingan yang sihat kepada pelajar-pelajar SMK Abdul Jalil dan menyedari betapa pentingnya perpaduan antara kaum dalam membina negara Malaysia yang aman dan makmur menerusi semangat kesukanan. Melalui program ini juga pelajar dapat menghayati keindahan alam semulajadi ciptaan Allah. Disamping itu juga diharap agar program ini dapat memupuk nilai kepentingan menjaga alam sekitar dan kesihatan diri agar murid menjadi warga Malaysia yang cergas dan cerdas untuk memimpin masa hadapan.