FUN WALK SKPI (4)
Hari Sukan Negara 2025 diadakan bagi menyokong langkah pro aktif Kementerian Belia dan Sukan didalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’. Hari Sukan Negara juga dapat meningkatkan kesedaran kepada murid-murid untuk membudayakan sukan dan mengamalkan gaya hidup yang sihat. Ia juga bagi meningkatkan pengetahuan sukan dikalangan murid-muird. Selain itu, ia juga menonjolkan bakat murid-murid di dalam pelbagai acara dan aktiviti menarik yang disediakan. Unit Kokurikulum SK Pulau Indah akan mengadakan ‘Fun Walk & Run’dan juga bakal diisi dengan pelbagai aktiviti sukan dalaman dan e-sukan yang menarik. Aktiviti-aktiviti ini akan melibatkan semua guru serta kelas Tahap 2 iaitu Tahun 4 hingga Tahun 6. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan diharapkan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada guru dan para murid. Semoga aktiviti yang dilaksanakan akan memberi manfaat dan pendedahan kepada murid selain sebagai pemangkin untuk memupuk hubungan mesra dan kerjasama dalam kalangan tenaga pengajar SK Pulau Indah.
Event Information
| Event Date | 11-10-2025 8:00 am |
| Event End Date | 11-10-2025 11:00 am |
| Cut Off Date | 11-10-2025 |
| Capacity | 800 |
| Registered | 0 |
| Available Place | 800 |
| Senior Citizens | 100 |
| Veterans | 10 |
| Youth | 690 |
| Location | SK PULAU INDAH |