
Hari Sukan Negara disambut setiap tahun sebagai usaha kerajaan Malaysia untuk menggalakkan penyertaan aktif rakyat dalam aktiviti sukan dan kecergasan.Sehubungan itu, Sekolah Kebangsaan Kuala Salong turut menyahut seruan ini dengan menganjurkan Program Run&Walk Sempena Hari Sukan Negara SK Kuala Salong 2025 yang menggabungkan aktiviti Brisk Walk dan Larian Santai (Fun Run).Program ini bertujuan membudayakan gaya hidup sihat melalui aktiviti fizikal yang menyeronokkan serta memperkukuh semangat kerjasama dan perpaduan dalam kalangan warga sekolah.