
Sejajar dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk melahirkan modal insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial, maka Unit kokurikulum SMK Segama telah mengorak langkah untuk merealisasikan matlamat tersebut. Program ini juga dirancang untuk memenuhi aspirasi kerajaan Malaysia untuk menjadikan sektor pendidikan sebagai alat untuk mengukuhkan perpaduan kaum di negara kita. Melalui aktiviti sukan di sekolah, diharap dapat memberi peluang kepada semua murid pelbagai kaum untuk terlibat dalam pelbagai acara sukan dengan mengamalkan nilai-nilai murni. Program ini secara langsung dapat mencungkil bakat murid. Selain itu, program ini juga bertujuan menggalakkan semangat kerjasama secara kolaboratif antara semua pihak.