HSN SK Sinapokan

  Tarikh: 10 November 2024  Masa: 7:10 pagi - 8:10 petang  Tempat:  Padang dan Dewan Serbaguna Sekolah Kebangsaan Sinapokan Pengenalan:Hari Sukan Negara adalah inisiatif kebangsaan untuk memupuk semangat kesukanan dan gaya hidup aktif di kalangan masyarakat. Sekolah Kebangsaan Sinapokan akan mengadakan program Hari Sukan Negara untuk pelajar dan guru mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti sukan yang sihat dan menyeronokkan. Objektif:1. Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan gaya hidup aktif dan sihat.2. Memupuk semangat kesukanan, kerjasama, dan perpaduan di kalangan pelajar.3. Menggalakkan penyertaan semua peringkat dalam aktiviti fizikal. Aktiviti Utama:1. Perlawanan Bola Sepak: Pertandingan bola sepak bagi pelajar lelaki. 2. Perlawanan Badminton: Pertandingan badminton berpasangan  antara guru-guru dan AKP 3. Senamrobik: Aktiviti senamrobik beramai-ramai yang dipimpin oleh guru Pendidikan Jasmani. Aktiviti ini bertujuan untuk memulakan program dengan suasana ceria dan penuh tenaga.4. Sukaneka: Aktiviti sukaneka seperti lari dalam guni, isi air dalam botol, dan tarik tali untuk melibatkan pelajar prasekolah. Penyertaan:Semua pelajar, guru, dan kakitangan sekolah dijemput untuk menyertai aktiviti ini. Ibu bapa juga digalakkan hadir dan memberikan sokongan bagi mewujudkan hubungan yang lebih erat antara komuniti sekolah dan ibu bapa. Penutup:Diharapkan program Hari Sukan Negara ini bukan sahaja mencapai objektif utama, tetapi juga memberikan pengalaman yang menyeronokkan dan bermakna kepada setiap peserta. Semoga acara ini akan dapat memupuk semangat kesukanan dan gaya hidup sihat dalam kalangan warga sekolah.  

Event Information

Event Date 15-10-2024 7:10 am
Event End Date 15-10-2024 8:10 am
Capacity Unlimited
Registered 0
Children 94
Location SK SINAPOKAN

We are no longer accepting registration for this event