
Hari Sukan Negara SK Abuan dilaksanakan pada 12 Oktober 2024 pada jam 7.00 pagi. Berikut merupakan aktivit-aktiviti yang telah dilaksanakan.Pertama, Senaman aerobik iaitu aktiviti rengangan dilakukan bersama murid dan guru-guru dengan menggunakan tarian tempatan. kedua, taklimat keselamatan di air mengenai peraturan semasa latihan di air diterangkan kepada semua pelajar. Ketiga, latihan keselamatan di air dimana fasilator yang bertugas akan menunjukkan teknik dan kaedah menyelamatkan diri dan rakan semasa dalam keadaan hendak lemas. Akhir sekali adalah permainan dalam air. Permainan bola jaring air diperkenalkan dan dimainkan oleh murid-murid dengan pemerhatian daripada guru yang bertugas.