
Program Sambutan Hari Sukan Negara peringkat SK Tungku 2024 akan diadakan pada 11 Oktober 2024, bermula dari jam 7.00 pagi hingga 11.00 pagi. Program ini melibatkan semua murid SK Tungku seramai 365 orang dan 33 orang guru. Pelbagai aktiviti menarik akan dijalankan, termasuk senamrobik untuk mempromosikan gaya hidup sihat, serta pertandingan futsal, bola tampar, dan bola jaring. Diharapkan program ini dapat mengeratkan hubungan antara murid dan guru serta menyemarakkan semangat sukan di kalangan warga sekolah.