
Tarikh: 12 Oktober 2024 (Sabtu)
Tempat: Dewan SK St. Catherine
Masa: 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
Program / Aktiviti:Hari Sukan Negara 2024 peringkat SK St. Catherine
Objektif:
Memupuk semangat patriotisme dan cinta akan negara di kalangan generasi muda.
Meningkatkan kemampuan berkomunikasi secara efektif.
Mengembangkan daya kritis dan analitis dalam sukan.
Membina generasi muda yang aktif dan sihat melalui penyertaan dalam aktiviti fizikal.
Sasaran:Semua murid SK St. Catherine (Tahun 1 hingga Tahun 6) serta para guru dan kakitangan sekolah. Aturcara Majlis:
8.00 pagi – Pendaftaran peserta
8.30 pagi – Ucapan alu-aluan oleh Guru Besar
8.45 pagi – Perasmian Hari Sukan oleh Guru Besar
9.00 pagi – Aktiviti sukan bermula (Senamrobik, Aktiviti Ketahanan Mental Berkumpulan )
11.00 pagi – Penyampaian hadiah kepada pemenang
12.00 tengah hari – Penutupan dan bersurai
Keberhasilan (Outcome):Melalui Hari Sukan Negara ini, para murid bukan sahaja dapat mengembangkan potensi sukan mereka, tetapi juga meningkatkan keyakinan diri, semangat berpasukan, dan kesihatan fizikal. Program ini juga berjaya memupuk semangat kesukanan dan persahabatan di kalangan warga sekolah.