
Kami Warga SJKT Ladang Nova Scotia 2 berjaya mengadakan program hari sukan negara. Program dimulakan dengan aktiviti senamrobik. Murid-murid dibahagikan kepada dua kategori iaitu tahap satu dan dua. Murid pra sekolah dan tahun 1 hingga 3 menyertai aktiviti sukaneka. Larian merentas desa dalam jarak 3 km telah diadakan bagi murid tahap 2. Aktiviti dimulakan pada 9.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari. Semua murid berjaya melibatkan aktif dalam aktiviti kesukanan ini sempena hari sukan negara bagi tahun 2024.