
1.0 PENGENALAN
Pelaksanaan Hari Sukan Negara akan diadakan pada Hari Sabtu minggu pertama bulan Oktober setiap tahun. Sebagai tanda sokongan kepada program ini, pihak sekolah akan mengadakannya pada 11 Oktober 2024 dengan melibatkan semua warga sekolah iaitu guru, anggota kumpulan pelaksana dan murid.
2.0 MATLAMAT
Memperkasa warga SK Talang dengan aktiviti dan kepakaran bersesuaian ke arah menjadikan kecergasan sebagai gaya hidup pilihan.
3.0 OBJEKTIF
a. Melahirkan generasi murid-murid sekolah yang sihat dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek
b. Mengadakan program kecergasan yang sihat untuk warga sekolah.
c. Menyahut seruan Kementerian Pendidikan untuk mengadakan program Hari Sukan Negara.