
Program HSN bermula pada pukul 7.30am. Semua murid berkumpul di tapak perhimpunan. Semua guru dan murid iaitu murid tahun 1-6 termasuk murid prasekolah terlibat dalam program ini. Program dimulakan dengan senamrobik selama 20 minit. Kemudian, murid prasekolah dan murid tahap 1 bermain permainan seperti "kambing dengan harimau". Murid tahap 2 pula bermain bola baling. Mereka bermain bersama guru-guru. Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan bersukan bagi mewujudkan masyarakat yang cergas dan aktif. Hubungan silaturahim juga dapat dipupuk dalam kalangan murid dan guru serta ibubapa.