Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah mengerakkan masyarakat membudayakan aktiviti sukan untuk kesejahteraan dan kesepaduan rakyat Malaysia, ianya selari dengan usaha kerajaan untuk membina sebuah negara Makmur, harmoni dan inklusif. Maka dengan itu, telah diadakan program Hari Sukan Negara dan diistiharkan sebagai program tahunan negara yang disambut pada hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober.
Oleh itu, bagi mencapai usaha menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sukan, maka pihak sekolah mengambil peranan dalam usaha tersebut khasnya kepada murid dan ibubapa dengan mengadakan program Hari Sukan Negara peringkat sekolah dengan melaksanakan aktiviti sukan rakyat seperti Sepak Raga, Gasing, Dam, Nyumpit, Batu Seremban, Tarik Upih dan sebagainya. Perancangan progam akan diterang di dalam kertas kerja ini.
Event Information
Event Date | 11-10-2024 |
Event End Date | 11-10-2024 |
Capacity | 100 |
Registered | 0 |
Available Place | 100 |
Location | Padang Pulau Tiga Kiri |